Sekitar Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin
Pada 25-28 Jun 2009 yang lalu, kumpulan debat IPGM Tengku Ampuan Afzan telah menyertai Pertandingan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin anjuran Kelab Debat UiTM Terengganu. Ini merupakan percubaan pertama kumpulan debat IPGM Tengku Ampuan Afzan yang diwakili oleh Misraini Wazir, Farha Ilyana Samsudin, Muhamad Nasrul Abu Bakar dan Bintul 'Aaqilah Suhaimi menembusi pertandingan debat IPT. Sistem " Power Match " telah digunakan sepanjang pertandingan ini berlangsung di mana kedudukan untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya ditentukan mengikut bilangan kemenangan yang diperoleh bagi keseluruhan persidangan peringkat awal, jumlah mata juri dan sistem margin. Berikut adalah keputusan bagi setiap persidangan yang berlangsung: Persidangan 1 IPGMTAA vs UiTM Terengganu (A) Usul : Atlet Sukan Negara Terbela Pendebat Terbaik : Muhammad Izzat Zulkefli Margin : 3 Juri : 2 - 1 Keputusan : UiTM Terengganu (A) menang Persidangan 2 Universiti Malaya Nilam Puri vs IPGMTAA Usul ...

Ulasan