Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Warkah Pesanan Untuk Adik-Adik...

PERLUNYA SEMANGAT KERJASAMA DAN SETIA KAWAN DALAM PERJUANGAN BERMATLAMAT MELIHAT kepada tajuk yang tertera, pasti ada antara adik-adik yang berkata begini, “Apa yang penting? KERJASAMA!” – serupa lagu tema cerita kartun Wonderpets. Pasti juga ada antara kalian yang bermonolog, “Kak Mis ni, tak habis-habis dengan KERJASAMA,” ( sambil tersungging senyuman geli hati barangkali ). Tidak mengapa, senyumlah adik-adik. Terus saja tersenyum. Sekurang-kurangnya kalian sudah membuat senaman muka yang paling ringkas. 46 urat muka kalian yang terlibat dalam pembentukan sekuntum senyuman itu akan membawa kalian kepada maslahat ‘awet muda’! Justeru, teruskan senyuman kalian jika mahu kelihatan muda dan menawan. Mukadimah yang tidak berapa kena barangkali di sini. Agak tersasar daripada kandungan yang ingin disampaikan. Justeru, kita tinggalkan fakta senyuman itu, kita beralih kepada tujuan utama penulisan ini. Pepatah pujangga mengatakan; tak kenal maka tak cinta. Maka, eloklah kiranya kita berkenal