Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Coretan Ukhuwah

Imej
Ruangan 'Coretan Ukhuwah' pastinya medium memudahkan komunikasi di laman blog Gapesa. bagi memudahkan semua pihak, pelawat dinasihatkan menggunakan tips-tips yang berikut:

Mengisi ruangan kotak di bawah mesej:
=Nama= nama samaran atau nama yang dikenali...

=Email/url=alamat blog / friendster / cikguroxs / myspace/ facebook atau apa jua laman yang dapat menghubungkan pihak Gapesa dengan saudara/saudari...

=Mesej=Apa jua pesanan, saranan dan komen yang membina ikhlas daripada kalian dan tidak menyentuh sebarang sensitiviti...

Segala kerjasama didahului dengan doa agar kita semua dirahmati ILAHI... Insyaallah =)

Sekitar Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin

Pada 25-28 Jun 2009 yang lalu, kumpulan debat IPGM Tengku Ampuan Afzan telah menyertai Pertandingan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin anjuran Kelab Debat UiTM Terengganu. Ini merupakan percubaan pertama kumpulan debat IPGM Tengku Ampuan Afzan yang diwakili oleh Misraini Wazir, Farha Ilyana Samsudin, Muhamad Nasrul Abu Bakar dan Bintul 'Aaqilah Suhaimi menembusi pertandingan debat IPT. Sistem "Power Match" telah digunakan sepanjang pertandingan ini berlangsung di mana kedudukan untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya ditentukan mengikut bilangan kemenangan yang diperoleh bagi keseluruhan persidangan peringkat awal, jumlah mata juri dan sistem margin. Berikut adalah keputusan bagi setiap persidangan yang berlangsung:Persidangan 1IPGMTAA vs UiTM Terengganu (A)Usul : Atlet Sukan Negara TerbelaPendebat Terbaik : Muhammad Izzat ZulkefliMargin : 3Juri : 2 - 1Keputusan : UiTM Terengganu (A) menangPersidangan 2Universiti Malaya Nilam Puri vs IPGMTAAUsul : Sektor Pertani…