Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Perjumpaan Bengkel Cerpen

Kepada semua ahli GAPESA perjumpaan kedua bersama-sama Puan Walaini akan diadakan bagi membincangkan tentang Bengkel Cerpen. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai perjumpaan tersebut:Tarikh : 15 Mei 2009 (JUMAAT)Masa : 9.15 malamTempat : Kelas PISMP Pemulihan (BM) Sem 1Kehadiran adalah diwajibkan. Harap maklum.

Logo Rasmi GAPESA

Imej

Sekilas Tentang GAPESA

Imej
PENGENALAN:...Suatu ketika dahulu, bahasa Melayu merupakan Lingua Franca yang digunakan dalam pelbagai urusan dan pernah menjadi bahasa intelektual utama di dunia. Namun, senario penyalahgunaan bahasa dan kurangnya kesedaran tentang pentingnya bahasa dan warisan kesenian bahasa semakin meruncing dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda. Menyedari hakikat pentingnya memelihara khazanah warisan bangsa dan sebagai sokongan kepada Rancangan Pembangunan Lima Tahun Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan yang digagaskan oleh Tuan Pengarah, EncikMazlan bin Mohamad, kami ingin mencadangkan penubuhan Gagasan Penggerak Bahasa atau akronimnya GAPESA. Gagasan ini terbahagi kepada dua struktur utama iaitu pengucapan awam dan pembangunan penulisan. Tertubuhnya GAPESA ini diharapkan dapat menjadi wadah kepada pembangunan bahasa di samping mencari bakat-bakat baru dalam bidang-bidang tersebut supaya dapat menghantar wakil yang terbaik untuk pelbagai pertandingan luar mus…

Mesyuarat Agung Kali Pertama

GAPESA akan mengadakan mesyuarat agung yang pertama mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 11 Mei 2009 Hari : Isnin Tempat : Unit PISMP PSV Semester 3 Kehadiran anda amatlah dialu-alukan...