Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Pertandingan Debat Inter-Unit PISMP 2009

Imej

Coretan Ukhuwah

Imej
Ruangan 'Coretan Ukhuwah' pastinya medium memudahkan komunikasi di laman blog Gapesa. bagi memudahkan semua pihak, pelawat dinasihatkan menggunakan tips-tips yang berikut: Mengisi ruangan kotak di bawah mesej: =Nama= nama samaran atau nama yang dikenali... =Email/url= alamat blog / friendster / cikguroxs / myspace/ facebook atau apa jua laman yang dapat menghubungkan pihak Gapesa dengan saudara/saudari... =Mesej= Apa jua pesanan, saranan dan komen yang membina ikhlas daripada kalian dan tidak menyentuh sebarang sensitiviti... Segala kerjasama didahului dengan doa agar kita semua dirahmati ILAHI... Insyaallah =)

Sekitar Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin

Pada 25-28 Jun 2009 yang lalu, kumpulan debat IPGM Tengku Ampuan Afzan telah menyertai Pertandingan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin anjuran Kelab Debat UiTM Terengganu. Ini merupakan percubaan pertama kumpulan debat IPGM Tengku Ampuan Afzan yang diwakili oleh Misraini Wazir, Farha Ilyana Samsudin, Muhamad Nasrul Abu Bakar dan Bintul 'Aaqilah Suhaimi menembusi pertandingan debat IPT. Sistem " Power Match " telah digunakan sepanjang pertandingan ini berlangsung di mana kedudukan untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya ditentukan mengikut bilangan kemenangan yang diperoleh bagi keseluruhan persidangan peringkat awal, jumlah mata juri dan sistem margin. Berikut adalah keputusan bagi setiap persidangan yang berlangsung: Persidangan 1 IPGMTAA vs UiTM Terengganu (A) Usul : Atlet Sukan Negara Terbela Pendebat Terbaik : Muhammad Izzat Zulkefli Margin : 3 Juri : 2 - 1 Keputusan : UiTM Terengganu (A) menang Persidangan 2 Universiti Malaya Nilam Puri vs IPGMTAA Usul

Warkah Pesanan Untuk Adik-Adik...

PERLUNYA SEMANGAT KERJASAMA DAN SETIA KAWAN DALAM PERJUANGAN BERMATLAMAT MELIHAT kepada tajuk yang tertera, pasti ada antara adik-adik yang berkata begini, “Apa yang penting? KERJASAMA!” – serupa lagu tema cerita kartun Wonderpets. Pasti juga ada antara kalian yang bermonolog, “Kak Mis ni, tak habis-habis dengan KERJASAMA,” ( sambil tersungging senyuman geli hati barangkali ). Tidak mengapa, senyumlah adik-adik. Terus saja tersenyum. Sekurang-kurangnya kalian sudah membuat senaman muka yang paling ringkas. 46 urat muka kalian yang terlibat dalam pembentukan sekuntum senyuman itu akan membawa kalian kepada maslahat ‘awet muda’! Justeru, teruskan senyuman kalian jika mahu kelihatan muda dan menawan. Mukadimah yang tidak berapa kena barangkali di sini. Agak tersasar daripada kandungan yang ingin disampaikan. Justeru, kita tinggalkan fakta senyuman itu, kita beralih kepada tujuan utama penulisan ini. Pepatah pujangga mengatakan; tak kenal maka tak cinta. Maka, eloklah kiranya kita berkenal

Perjumpaan Bengkel Cerpen

Kepada semua ahli GAPESA perjumpaan kedua bersama-sama Puan Walaini akan diadakan bagi membincangkan tentang Bengkel Cerpen. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai perjumpaan tersebut: Tarikh : 15 Mei 2009 (JUMAAT) Masa : 9.15 malam Tempat : Kelas PISMP Pemulihan (BM) Sem 1 Kehadiran adalah diwajibkan. Harap maklum.

Logo Rasmi GAPESA

Imej

Sekilas Tentang GAPESA

Imej
PENGENALAN:... Suatu ketika dahulu, bahasa Melayu merupakan Lingua Franca yang digunakan dalam pelbagai urusan dan pernah menjadi bahasa intelektual utama di dunia. Namun, senario penyalahgunaan bahasa dan kurangnya kesedaran tentang pentingnya bahasa dan warisan kesenian bahasa semakin meruncing dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda. Menyedari hakikat pentingnya memelihara khazanah warisan bangsa dan sebagai sokongan kepada Rancangan Pembangunan Lima Tahun Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan yang digagaskan oleh Tuan Pengarah, Encik Mazlan bin Mohamad, kami ingin mencadangkan penubuhan Gagasan Penggerak Bahasa atau ak ronimnya GAPESA. Gagasan ini terbahagi kepada dua struktur utama iaitu pengucapan awam dan pem bangunan penulisan. Tertubuhnya GAPESA ini diharapkan dapat menjadi wadah kepada pemban gunan bahasa di samping mencari bakat-bakat baru dalam bidang-bidang tersebut supaya dapat menghantar wakil yang terbaik untuk pelbagai per tandingan lu

Mesyuarat Agung Kali Pertama

GAPESA akan mengadakan mesyuarat agung yang pertama mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 11 Mei 2009 Hari : Isnin Tempat : Unit PISMP PSV Semester 3 Kehadiran anda amatlah dialu-alukan...