Sekitar Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin

Pada 25-28 Jun 2009 yang lalu, kumpulan debat IPGM Tengku Ampuan Afzan telah menyertai Pertandingan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin anjuran Kelab Debat UiTM Terengganu. Ini merupakan percubaan pertama kumpulan debat IPGM Tengku Ampuan Afzan yang diwakili oleh Misraini Wazir, Farha Ilyana Samsudin, Muhamad Nasrul Abu Bakar dan Bintul 'Aaqilah Suhaimi menembusi pertandingan debat IPT. Sistem "Power Match" telah digunakan sepanjang pertandingan ini berlangsung di mana kedudukan untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya ditentukan mengikut bilangan kemenangan yang diperoleh bagi keseluruhan persidangan peringkat awal, jumlah mata juri dan sistem margin. Berikut adalah keputusan bagi setiap persidangan yang berlangsung:

Persidangan 1

  • IPGMTAA vs UiTM Terengganu (A)
  • Usul : Atlet Sukan Negara Terbela
  • Pendebat Terbaik : Muhammad Izzat Zulkefli
  • Margin : 3
  • Juri : 2 - 1
  • Keputusan : UiTM Terengganu (A) menang

Persidangan 2

  • Universiti Malaya Nilam Puri vs IPGMTAA
  • Usul : Sektor Pertanian : Penyelesaian Kepada Masalah Ekonomi
  • Pendebat Terbaik : Mohammad Mustaqim Malek
  • Margin : 1
  • Juri : 2 - 1
  • Keputusan : Universiti Malaya Nilam Puri menang

Persidangan 3

  • IPGMTAA vs UDM
  • Usul : Alam Sekitar Masalah Utama
  • Pendebat Terbaik : Bintul 'Aaqilah Suhaimi
  • Margin : 8.5
  • Juri : 3 -0
  • Keputusan : IPGMTAA menang

Persidangan 4

  • UiTM Terengganu (D) vs IPGMTAA
  • Usul : ASEAN Diperlukan
  • Pendebat Terbaik : Mohd Amiruddin Suhaimi
  • Margin : 1.3
  • Juri : 3 - 0
  • Keputusan : UiTM Terengganu (D) menang

Persidangan 5

  • IPGMTAA vs UMK
  • Usul : Gajah Sama Gajah Bergaduh, Pelanduk Mati Di Tengah-Tengah
  • Pendebat Terbaik : Muhammad Arif Din
  • Margin : 1.34
  • Juri : 2 - 1
  • Keputusan : IPGMTAA menang

Persidangan 6

  • UiTM Terengganu (B) vs IPGMTAA
  • Usul : Pembukaan IPT Luar Negara Di Malaysia Perlu Dibendung
  • Pendebat Terbaik : Bintul 'Aaqilah Suhaimi
  • Margin : 4.13
  • Juri : 2 - 1
  • Keputusan : IPGMTAA menang

Oleh kerana kurangan mata juri, pasukan IPGMTAA telah menduduki tempat ke-11 daripada 20 pasukan yang bertanding dengan pungutan margin yang agak tinggi iaitu sebanyak 8.7 margin. Percubaan pertama yang cukup baik!

Terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu. Semoga arena debat IPGMTAA terus mara ke hadapan dan merangkul gelaran juara satu hari kelak!

p/s : 25 usul perdebatan yang digunakan sepanjang Pertandingan Debat PDSZA akan dimuat naik ke blog kemudian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Warkah Pesanan Untuk Adik-Adik...

Sekilas Tentang GAPESA